Kegunaan Tag dalam HTML? Komponen HTML

Salam dan Selamat Pagi Jumaat Semua 😀 ,

Alhamdulillah diberi peluang nak update blog, jadi kita proceed ke perkongsian yang seterusnya. Dalam post lepas kita dah bincang pasal asas HTML dan harap hampa faham dan hadam inshaAllah.

Jadi kita akan sambung berdasarkan contoh sebelum ni, harap hampa simpan fail lepas (tak simpan tak pa, taip la lain 😆 ). Kita akan bincang apa itu tag. Minggu lepas kita ada sentuh kegunaan tag kan? Ingat dak? Hampa jangan buat2 tak ingat aku cepuk kang 😀 , contoh tag yang kita bincang minggu lepas contohnya macam <title> dan <html>.

Seterusnya, soalan simple nak tanya hampa, kenapa tag ada pembuka dan penutup? Fikir lekaih,………………………… (Ok lambat 😛 )……….
Jawapannya sebab kalau tak dak penutup macam mana kita nak tau kita nak apply menda tu sampai mana, contohnya kita nak tebalkan (baca : bold) tulisan dari mana ke mana. Faham dak? tak faham kita kenalah proceed ke praktikal, teori saja tanpa praktikal mmg xkan faham.

Langkah-langkah :

  1. Dari projek lepas, aku nak korang kosongkan <body> dan jangan usik <head>.
  2. Dalam <h1> taip “Kegunaan Tag dalam HTML
  3. Dalam <b> taip “Kita dah masuk minggu kedua bro, nak pandai jgn malas
  4. taip <br>
  5. Dalam <i> taip “senget”
  6. taip <br>
  7. Dalam <u> taip “ada garisan”
  8. Siap! Save dan cuba buka dalam pelayar hampa.
  9. Tak faham? Tengok gambar kat bawah. (Saja aku bagi gambar, kalau dak hampa copy paste. 😛 ).
capture

Contoh HTML

Amacam? Dapat x? Cuba buka jadi camna? Gambar bawah contoh paparan Chrome.Dapat x? Wah! tahniah, hampa memang power dan padu. Tahniah2.

capture

Contoh Paparan

Macam perkongsian lepas, kan aku kata analogi paling senang nak cakap hampa ada teks kosong dan hampa nak ada simple formatting jadi kat sini la fungsi tag ni.

Berbalik kepada contoh yang hampa taip tu, aku akan terangkan satu2.

  1. <title> yang minggu lepas punya, yang ni kita nak cakap kat pelayar. Berkata HTML kepada pelayar Chrome “Woi chrome! tajuk web aku “Latihan Bersama DIY IT” “. jadi dia pun baca tag tu dan dia letak kat tab tu.
  2. <h1> yang minggu lepas jugak, yang ni kita habaq tulisan dalam tag tu heading kita punya karangan/content/isi laman web.
  3. <b> paling mudah nak tengok, nampak dah tau kan, kita nak tebalkan (baca : bold) tulisan.
  4. <br> eh? b = bold? br? maksud <br> = break… Fungsi macam enter jugak, kita suruh dia buat line baru.
  5. <u> underline, jelaskan?

Yang lebih2 tu? <html> 🙄 (sambil garu kepada)? Haaa! Kantoi, hampa skip kelas eh? Yang lain2 tu boleh refer sini. Lain kali jangan ponteng kelas… Ha3

Tu baru sikit fungsi yang kita boleh guna, aku takkan bincang panjang2 dalam ni, hampa boleh buat latihan lagi, DIY la kawan. Refer dekat sini (w3schools.com). Laman web ni sangat banyak membantu tau. Sampai sini dulu untuk minggu ni, tunggu minggu depan plak. Aku nak tunjuk kat hampa macam mana nak reka laman web kosong paling senang.

Jumpa Jumaat depan plak k. Semoga aku diberi kekuatan. Jangan cemuih belajar. Salam. 😉

Advertisements

1 Comment

  1. Pingback: Kegunaan Tag dalam HTML? Komponen HTML – Siri 2 (Pengukuhan) | DIY IT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s