Apa itu Motherboard? Pengenalan

Assalam, Salam Sejahtera….

Hari ni macam aku janjikan, tapi agak lewat sikit daripada masa yang aku janji. Hehehe… Aku akan terangkan tentang motherboard, jadi apa tu motherboard? Eh, dia ni, orang tanya dia, dia tanya kita balik… 😐 Jangan marah, nanti cepat tua…
Kalau kita anggap CPU tu umpama otak komputer, jadi kita boleh anggap motherboard ni umpama tulang belakang dalam badan manusia, yang mana tulang belakang yang menghubungkan bahagian2 yang lain melalui spinal cord (cewahh… pandai biologi sekarang) yang mana melalui motherboard, cell-cell otak boleh berhubung 🙂 (iklan2)…
Kalau kita tengok pada motherboard tu sendiri, dia x ada processor sendiri dan bergantung pada processor lain samada cpu ataupun gpu. Motherboard juga memiliki software sendiri atau dipanggil firmware yang mana digunakan untuk mengawal motherboard (kadang2 dipanggil BIOS/UEFI). Motherboard bukan macam lego yang kita boleh plug-n-play, setiap komponen yang dislotkan perlu mempunyai penghubung iaitu driver, selain itu motherboard juga datang dalam saiz yang berlainan mengikut keperluan dan saiz cpu yang kita pilih.

Saiz motherboard juga memainkan peranan dalam memastikan pengudaraan untuk setiap komponen berada pada tahap yang optimum dan memanjangkan jangka hayat komponen. Saiz yang aku mentioned ni tak konsisten untuk pada setiap pengeluar, yang mana pengeluar komponen komputer seperti Asus boleh ja tambah kelas baru di dalam saiz motherboard. Besar saiz motherboard x bermaksud banyak komponen yang boleh dimasukkan, seperti saiz standard-ATX, yang menyediakan 4 slot untuk RAM, tapi ada saiz yang besar daripada standard ATX yang dipanggil XL-ATX yang juga masih menggunakan 4 slot RAM, jadi kenapa perlu besar? 🙂

untuk rujukan lebih lanjut, aku selitkan url tentang pengenalan motherboard dan saiz, channel Techquickie antara channel aku jadikan rujukan (sila subscribe kalau nak pandai) 🙂

Apa itu Motherboard?

Jenis-jenis Saiz Motherboard

Sampai sini saja dulu untuk pengenalan, aku akan sambung tentang jenis slot dan penghubung di dalam motherboard pulak lepas ni. Dan korang yang berminat nak cari komponen lain yang berkaitan, korang boleh tekan sini.

Ada apa dalam CPU? Komponen-komponen Asas Komputer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… 😉 ,

Aku berdoa pada Allah yang Maha Pemurah semoga pembaca sihat2 saja, Ameen. Rasanya tajuk pun dah paham kan? Aku akan mula terangkan komponen asas dalam CPU bagi newbie yang baru nak belajar macam mana nak bina komputer custom, tp INGAT!!!, (Wah, marahnya.. 😡 ) post2 aku dalam blog ni santai sahaja, kalau pembaca nak tau dengan lebih lanjut, sila buat kajian sendiri atau panjangkan pada email aku nanti ya.

CPU tu sebenarnya otak computer, sebab dia duduk dalam kotak atau casing jadi aku panggil cpu saja. Jadi kita akan sembang kencang yang ada dalam kotak tu ja taupasai aku tahu hampa sedia maklum apa kat luar kotak tu ada apa? Ada tikus(baca: mouse), monitor, dan mungkin speaker kot.

Antara komponen penting kena ada:

  • Motherboard

Individu bertanggungjawab pegang dan menghubungkan semua komponen di dalam kotak cpu. Datang dalam banyak saiz dan aku akan terang pada post akan datang. Kalau korang nak penjelasan lagi jelas, tekan sini.

  • RAM

Tempat simpanan data sementara untuk kegunaan cpu untuk mempercepatkan proses pengurusan data. (#Garu kepala)…. Jangan risau, aku akan terang dalam post akan datang… 🙂

  • CPU (Otak komputer)

Komponen yang paling penting, penulis ada soalan cepu emas, kenapa kotak cpu yang ada dalam kotak tu orang panggil cpu walhal banyak sj komponen dalam kotak tu, kenapa tak panggil kotak RAM? Tu sebabnya cpu adalah komponen yang paling penting daripada komponen yang lain. (Aku rasalah 🙄 )

  • Power Supply

Yang ni rasanya semua dah tahu jadi aku x terang kot…. Tp aku nak tulis jugak, fungsinya nak bagi sumber tenaga yang cukup untuk semua komponen berfungsi dengan effisiennya

  • Memory (Hard Disk/SSD)

Hard Disk (HDD) atau Solid State Drive (SSD), ada perbezaan pada dua2 drive ni yang mana aku akan terangkan pada post akan datang.

  • DVD/Blue-ray Drive

Tempat nak letak dvd or blue-ray, drive ni mungkin akan berevolusi pada masa hadapan, mungkin akan terima nasib macam disket jugak, hilang ditelan zaman. Tapi agak penting sekarang pasal nak install window sekarang pun masih menggunakan dvd drive.

  • Casing (Kalau nak gunalah)

Pilihan pembaca nak guna atau tak, mungkin aku lebih selesa nak letak kat open air (kat luar), sebab sejuk tp seeloknya letak di tempat yang tertutup pasal masalah persekitaran mcm habuk atau kelembapan dalam udara yang mana boleh merosakkan komponen computer. Setiap saiz mempunyai nama yang berbeza, tu pun penulis akan tekankan dalam post akan datang.

Woi! Mana graphic card? Ang ni tahu tak klu graphic card tak dak mana boleh komputer jalan (#sambil hentak kepala atas meja) 👿 , jangan mencarut dulu, aku tak letak pasai ada sebabnya…. Hahahahaha…. 😆

 

Sebenarnya kebanyakkan CPU ada integrated GPU (dalam cpu kecik tu ada graphic card) sendiri, itu termasuklah dua pengeluar cpu terbesar sekarang ni iaitu Intel dan AMD. Bagi yang mempunyai bajet yang lebih sikit, bolehlah nak tambah graphic card tapi bagi yang x ada bajet integrated gpu dah cukup untuk kegunaan harian. Kalau ikut susunan yang aku susun, aku akan mula dengan Motherboard dulu. Tapi sebab kesuntukan masa, aku akan terangkan detailnya pada post yang terdekat nnti, insyaAllah. Mungkin senarai yang aku tulis x lengkap, atau salah klu hampa rasa ada something yang perlu tambah kita boleh sembang di dalam ruangan komen… Berjumpa lagi nanti… InsyaAllah…

Wassalam…