Mukhadimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Mesti ramai tertanya-tanya ni blog apa? Kan2…. Dah la bahasa melayu, tak standard langsung. Apa DIY tu? Pelik kot, macam ada agenda tersembunyi? Mungkin ya atau tidak…(#sambil kerut dahi 😕 )… Sebenarnya DIY itu bawa maksud dia Do It Yourself (buat sendiri la). Jadi sebab utama perkongsian blog ini aku nak berkongsi tentang macam mana nak jadi seorang engineer dalam software dan hardware, ceewaahh… Hebat bunyiknya, tapi lebih kurang macam tu lah.

Kenapa bahasa melayu? Hang x reti bahasa inggeris ke? Mesti hang ni x tahu bahasa inggeris kan… Hahahaha, sebenarnya jawapannya mungkin, (aku rasa aku power BI, hampa apa tau, aku sembang BI macam ayaq kot 😆 ) tapi jawapan sebenarnya aku banyak surfing internet dan aku dapati rujukan dalam bahasa melayu amat kurang dan hampir tak  dak di dalam carian pak cik google, jadi aku mengambil inisiatif nak perkasakan bahasa ibunda ini dan berkongsi supaya semua orang termasuklah pak cik yang membajak sawah mahupun yang duduk lenggang kaki kat pejabat faham apa yang aku nak sampaikan. Ni semua poyo!!!!… 😛

Jadi salam perkenalan dan tunggulah update2 daripada aku yang tak seberapa ni. Semoga bermanfaat dan aku harap pembaca juga dapat berkongsi dengan yang lain…

Mungkin hampa ada idea yang nak dikongsi, mungkin boleh panjangkan ke email aku…

Kalau ada yang tak kenai aku, ataupun tak tahu cara macam mana nak hubungi aku hampa tekan sini. Bak kata orang lama tak kenal maka tak cinta… 😆

Wassalam….