D.I.Y. KOMPUTER

Mesti ramai kat luar sana yang teringinkan nak buat komputer sendiri kan? Cari tutorial tapi kebanyakkan guna bahasa mat saleh (baca: bahasa inggeris) dan banyak istilah yang kita kurang faham atau mungkin tak faham langsung. Aku teringin sangat nak share dengan korang tak kira la nak dengar ka dak, tapi aku nak share jugak… hahaha  😀 (gelak jahat)… Eh, pasai pa nak buat komputer sendiri?, yang dah siap kan ada? Lagi senang? Apa yang susah2…. Sebenarnya bagi yang ada bajet yang rendah, anda-anda di luar sana boleh siapkan/bina sebuah komputer peribadi yang power lagi hensem…  😎

Bukan aku nak cakap custom komputer lebih baik daripada branded komputer macam Dell dan spesies yang lainnya atau sebaliknya, setiap komputer ada kelebihan dan kekurangannya.

Jadi aku nak kongsi bagi yang dok mencari rujukan ataupun platform untuk buat komputer sendiri. Aku nak bagitahu sikit perbezaan kekurangan dan kelebihan dua jenis computer ni.

Aspek  Branded VS Custom
Bajet Dengan spesifikasi yang sama dengan branded computer pembaca dapat mengurangkan harga hampir 15% dengan buat komputer sendiri. Murah sebenarnya tu.
warranty Kelemahan pada komputer custom, setiap komponen yang ada warranty masing-masing dan ini susah pasai pengguna perlu buka balik komponen dan hantar kedai pastu letak balik (tu pun kalau dapat cepat), yang mana berbeza dengan Komputer branded, syarikat akan tukar balik semua yang dibeli sampai ada yang ambil balik dari depan pintu tau.
Customer service Juga kelemahan komputer custom yang mana pengguna harus banyak bertanya pada pak cik google sampai la semua masalah setel yang mana berbeza dengan branded komputerkita cuma call dan “customer always right”…  mungkin?
Pemilihan hardware Disini kelebihan pada komputer custom, pengguna boleh buat pemilihan pada jenis komponen yang diperlukan mengikut citarasa dan keperluan, bak kata orang-orang tua, tepuk dada tanya iman… Ya tak?

Cukuplah sekadar ini post untuk kali ini, aku akan mula berkongsi tentang macam mana nak bina computer custom untuk-untuk  post-post yang akan mendatang nanti insyaALLAH.

Wassalam… 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s