D.I.Y. “PROGRAMMING”

Aku pernah published tentang niat nak berkongsi macam mana nak bangunkan perisian dalam bahasa Java (baca : programming language) dalam laman ni, selepas timbang tara dan tunggang terbalik aku pikir, aku cadang nak tarik balik tentang rancangan aku tu (apasey dia ni, dah cakap nak kongsi pastu tarik balik plak 😐 )… Sorry  sangat2 na 😦 …

Bagi menebus salah dan silap aku sebagai seorang manusia yang banyak dosa ni (bajet2 😀 )… Aku akan kongsi macam mana nak bangunkan laman web (website), aku berpendapat kalau aku kongsikan pasal Java pun, tak banyak pun korang boleh ambil kelebihan dari bahasa tu tapi kalau aku kongsi macam mana nak bangunkan laman web ramai yang boleh ambil kelebihan, aku tengok banyak demand untuk buat portal mana tau rezeki hampa.

Laman web sangat mesra dengan apa2 mesin, tak kira lah dengan PC (personal computer, komputer hampa la, apa lagi) ataupun smartphone. Secara ringkasnya, aku teringin kongsi macam mana nak bangunkan laman web dalam PHP.

Kalau nak tau wordpress juga dibangunkan dalam PHP. PHP adalah bahasa yang matang (matured), apa aku maksudkan dengan matang? Dengan kata lain, untuk satu2 bahasa  tu nak matang dia perlukan beberapa tahun untuk diperbaharui dalam segala aspek, contohnya Syntax (cara bahasa ditulis) dan fungsi.

Sebelum aku masuk lebih dalam, korang kena tahu apa plan aku nak ajar korang. Untuk bangunkan laman web korang perlukan: (perlu belajar la yeop, nama pun DIY 😆 )

1)HTML (Yang ni paling asas (basic), hampa tak belajaq yang ni. Memang kelaut la hampa nak paham yang lain).

2)CSS (Yang ni tak paham tak pa, tapi kosong la hampa punya laman web. Secara analogi, hampa beli Perodua VIVA tapi kosong. Radio takdak, sport rim besa2 ja, spoiler tak dak. Kira hampa naik kosong ja la, mana hensem/cantik. Korang nak ke laman web korang macam kat bawah? Kalau aku sumpah tak mai dah )

3)Javascript (Yang ni pilihan, laman web kalau tak guna pun tak dak masalah cuma ada beberapa fungsi yang CSS tak dapat cater (tampung) yang Javascript bleh cater.)

4)Bahasa (Yang ni pilihan, banyak bahasa kat luaq sana yang hampa bleh pakai tapi aku nak ajar PHP (suka hati aku la kan 😛 ). Rasanya lagi senang dan senang nak setup (baca : senang nak sediakan environment bahasa ni nak beroperasi). Laman web nak berhubung dengan pangkalan data kena guna bahasa2 ni, kalau HTML kosong tak dapat la bro 😎 ).

5)Pangkalan Data (baca: database(Yang ni pun pilihan, kalau korang just nak buat portal kosong tak da masalah. tapi kalau nak buat isi2 borang memang korang kena guna pangkalan data, kalau dak hampa nak tauk mana borang yang orang tu penat2 isi. Yang ni aku nak kongsi pangkalan data MySql, yang ni free of charge pasai yang lain kena bayaq la cheq oii )

6)Hosting (Ni last part, kalau hampa nak up dah laman web jadi www tu hampa kena hosting baru dapat alamat www tu. Yang ni tak penting sangat, sebab hampa kena power 5 yang atas dulu baru leh belajaq yang ni).

Itu saja! Senangkan. Tak yah susah2. sampai situ dulu na, apa2 korang tunggu.
Satu lagi, aku akan post setiap hari Jumaat PAGI/PETANG/MALAM. Maaf kalau lewat sikit, aku aku cuba jugak post ontime. Aku akan post selang seli dengan bahagian hardware.

Itu saja, bubye… 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s